Make your own free website on Tripod.com
KAPARAN

SISTEM SURIA
PLANET
PEREDARAN & PUTARAN
LINKS





Di angkasa lepas dalam sistem suria kita, selain daripada planet, terdapat juga kaparan-kaparan didalamnya. Kaparan-kaparan yang dimaksudkan adalah asteroid, komet dan meteor.

Asteroid

Asteroid juga dikenali sebagai planet minor. Ini kerana bentuknya yang berbatu tatapi kecil. Asteroid mengorbit mengelilingi Matahari. Terdapat lebih kurang 200000 ribu asteroid didalam sistem suria. Lebih kurang 1000 asteroid telah pun berada dalam kawasan orbit dan berlanggar dengan planet-planet. Ini kerana jalur asteroid berada diantara planet Marikh dan planet Musytari. Melalui kajian oleh para astronomi, terdapat lebih kurang 200 asteroid yang bersaiz 100km garis pusat, manakala 500000 asteroid ber saiz 1km.
Program NEAT (Near Earth Asteroid Tracking) yang dianjurkan oleh UNESCO ialah untuk menjaga Bumi dari hentaman asteroid. Teori lama mengatakan asteroid adalah sisa-sisa planet yang pecah manakala teori baru pula mengatakan asteroid adalah peninggalan planet yang gagal terbentuk dengan jarak 2.5 AU.
*AU adalah 'Astronomical Unit'. 1 AU bersamaan jarak Bumi ke Matahari.


Komet

Komet adalah satu objek yang cerah dan menarik. Ianya sukar untuk dikesan dan mengambil masa beberapa bulan untuk dilihat.
Struktur nya mempunyai kepala(nukleus) yang bersinar dan ekor yang bergas. Kepala komet diperbuat dari ais kotor. Ekornya pula boleh mencapai 1 AU panjangnya. Komposisi komet adlah ais dan gas karbon dioksida. Bila sesuatu komet itu memasuki sistem suria, matahari akan menyejat ais itu. Ianya nampak berekor kerana angin suria (solar wind) meniup nya. Oleh itu, sebahagian dari nebula suria adalah berais.


Meteor

Meteor yang juga dikenali sebagai tahi bintang (shooting star) bukan nay sejenis bintang tetapi batu dan logam kecil yang jatuh kedalam atmosfera Bumi. Apabila ia memasuki atmosfera bumi, ia akan terbakar dan dapat dilihat dari jarak 80km. Bahan berbatu ini dipanggil meteoroid (sebelum terbakar). Didapati, lebih kurang 40000 tan setahun jisim planet bertambah dalam sistem suria kita. Meteorite adalah meteor yang jatuh kebumi dan lselepas terbakar.


UTARID
ZUHRAH
BUMI
MARIKH
MUSYTARI
ZUHAL
URANUS
NEPTUN
PLUTO
KAPARAN

HOME
Copyright 2003:Nik Abdullah Sharris