PLANET

SISTEM SURIA
PLANET
PEREDARAN & PUTARAN
LINKS



Asal Usul Planet

Pengetahuan mengenai alam semesta bermula 2 kurun yang lalu. Begitu juga dengan pengetahuan mengenai planet. Terdapat 2 teori utama berkenaan dengan pembentukkan planet.

1) Teori Malapetaka (Chaotic Theory) - Ia menyatakan yang planet terbentuk dari sesuatu yang tidak tentu kejadiannya.

2) Teori Beransur ansur - Planet terbentuk secara semulajadi dengan matahari.

Selepas perang dunia kedua, ahli-ahli astronomi mula menerima teori kedua.


Pembentukan Planet

Terdapat 3 peringkat utama dalam pembentukkan planet adalah seperti berikut.

PLANETISIMAL ------> PROTOPLANET ------> PLANET

Planetesimal pada mulanya adalah manik-manik atau butir-butir kecil jirim pepejal di angkasa. 'Proses pemeluwapan'(condensation) kemudiannya berlaku. Proses ini ialah proses pembesaran manik-manik jirim. Ia berlaku dengan mengumpul atom-atom molekul gas yang berada disekelilingnya dan membentuk planetesimal.
Selepas planetesimal cukup besar, proses pemeluwapan berhenti. 'Proses penambahan'(accretion) kemudian nya berlaku. Proses ini disebabkan oleh tarikan graviti dan juga oleh permukaan yang berelektrostatik yang akan menarik manik-manik lagi dan menambahkan lagi saiz planetesimal. Proses ini berterusan sehingga protoplanet terbentuk. Bila diameter planetesimal lebih besar dari 100km, baru ia boleh dianggap protoplanet.

Protoplanet terjadi bila planetesimal-planetesimal berlanggar dan bergeser antara satu sama lain pada halaju orbit(67000mph). Perlanggaran dan pergeseran menghasilkan serpihan-serpihan dan serpihan-serpihan ini akan bercantum dan membesar dan terbentuklah protoplanet.
Bila terjadi protoplanet, ia akan mempunyai gravitinya sendiri dan dapat menarik banyak lagi serpihan-serpihan dan juga gas nebula asli(hidrogen dan helium) dan terhasillah atmosfera primitif(mengandungi gas hidrogen dan helium). Pembesaran protoplanet melalui 'proses pembezaan'(differentiation) akan membebtuk planet.

Jenis Planet

Planet di dalam sistem suria kita terbahagi kepada 2 jenis iaitu Terrestrial(inner planet) dan Jovian(outer planet). Ciri-ciri planet jenis terrestrial dan jovian akan diterangkan dibawah.

1) Terrestrial Planet 2) Jovian Planet Planet pluto bukan berasal dari jenis terrestrial dan mahupun jovian. Planet jenis terrestrial dan jenis jovian dipisah kan oleh jalur-jalur asteroid yang berada diantara planet marikh dan planet musytari.


UTARID
ZUHRAH
BUMI
MARIKH
MUSYTARI
ZUHAL
URANUS
NEPTUN
PLUTO
KAPARAN

HOME
Copyright 2003:Nik Abdullah Sharris