ZUHRAH

SISTEM SURIA
PLANET
PEREDARAN & PUTARAN
LINKS





Planet Zuhrah dan Bumi dikatakan kembar, tetapi terdapat begitu banyak perbezaan antara keduanya. Hampir 95% saiz Zuhrah hampir dengan Bumi. Komposisnya juga dipercayai sama dengan Bumi. Secara kasar, 36 kapal angkasa telah melawat planet ini dan mendapati planet ini tidak mempunyai medan magnet dan teras planet kejora tidak cair seperti Bumi. Planet Zuhrah berputar sebanyak 243 hari mengelilingi matahari dengan arah ke belakang (retrograde). Saintis percaya planet ini mempunyai udara yang nyaman walaupun atmosferanya berawan, kering, panas dan bergunung berapi. Melalui spectra yang diterima dari kapal angkasa, atmosfera Zuhrah mengandungi 96%karbon dioksida, 3.5% nitrogen dan 0.5% wap air, argon, asid sulfurik, asid hidroklorik dan HF. Atmosferanya yang ditutupi dengan awan tebal,mengandungi titisan asid sulfuric dan hablur sulfur mikroskopik. Maka permukaannya tidak dapat dilihat. Untuk melihat awan di planet ini, kapal angkasa telah menjatuhkan penduga (probe). Didapati awan-awan ini berlapis-lapis dan lebih tinggi dan stabil dari awan di Bumi. Oleh kerana atmosferanya panas, peredaran-peredaran gas di planet ini bergerak ke kawasan-kawasan gelap dan berkutub. Pergerakan ini menghasilkan alur-alur jet berkelajuan 300 km/j dari timur ke barat dan menyebabkan atmosferanya kelihatan berputar selama 4 hari. Pergerakan arus jet menyebabkan putaran planet ini menjadi perlahan.

Sama seperti di Bumi, peredaran awan di Zuhrah diganggu dan dipecahkan oleh cyclonic circulation (putaran siklonik). Awan dipecah-pecahkan. Gangguan ini berpunca dari putaran Bumi yang laju. Atmosfera dibahagian atasnya sejuk manakala di bahagian bawahnya pula adalah panas. Suhu di permukaannya ialah 745 K dan tekanannya 90 kali ganda dari tekanan di Bumi. Jika ketumpatan atmosfera di bumi 1000 kali ganda kurang dari air, tetapi di Zuhrah, udaranya hanyalah 10 kali ganda lebih tumpat dari air. Sebenarnya, atmosfera di Zuhrah sangat kering. Terdapat bukti yang menyatakan bahawa suatu masa dahulu ada kandungan air yang mencukupi. Kapal angkasa Venus yang telah menuruni atmosfera Zuhrah pada tahun 1978 mendapati deuterion atom di planet itu adalah 150 kali ganda dari di Bumi.

Melalui simulasi, kemungkinan planet Zuhrah pada suatu masa dahulu mempunyai lautan air sedalam 25 m. Walaupun kandungan airnya yang banyak, tetapi air ini tidak boleh jatuh kerana suhu yang terlalu panas menyebabkan ia meruwap. Kini lautan air itu tidak wujud lagi akibat dari kesan rumah hijau.

Sejarah Zuhrah

Planet ini di percayai terjadi dalam 4 peringkat dan hampir dengan matahari. Ia berputar secara retrograde (terbalik) disebab oleh perlanggarannya dengan planetismal-plenetismal yang besar dan berputar selama 243 hari mengelilingi matahari. Terdapat proses pembezaan diplanet ini kerana tiada medan magnet yang menyebabkan tiada cairan logam yang panas. Atmosferanya yang panas menyebabkan keraknya menjadi lembut dan menggalakkan letupan gunung berapi. Apabila letupan gunung berapi terjadi, terasnya akan menjadi sejuk. Permukaan planet ini berkawah disebabkan oleh atmosferanya yang tebal. Oleh itu meteriod dan asteroid yang kecil akan dihancurkan sebelum sampai ke permukaan. Dipercayai usia kawah-kawah ini lebih tua dari yang yang terdapat di bumi, tetapi lebih muda dari yang terdapat di bulan. Akibat dari letupan gunung berapi, banjir lava sering terjadi.

Perubahan permukaan Zuhrah yang terakhir adalah perlahan. Haba yang terdapat di permukaannya dibebaskan oleh gunung berapi dan arus magma yang besar. Arus magma yang besar akan keluar melalui kerak. Berbeza dengan bumi yang mengeluarkan haba melalui rekahan-rekahan ke laut. Ahli-ahli patologi berpendapat bahawa planet yang besar boleh menyejuk dengan perlahan dan dalam masa yang sama goelogikalnya masih aktif.


UTARID
ZUHRAH
BUMI
MARIKH
MUSYTARI
ZUHAL
URANUS
NEPTUN
PLUTO
KAPARAN

HOME
Copyright 2003:Nik Abdullah Sharris